KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET
KEPADA PELAJAR.
Internet
merupakan rangkaian maklumat antarabangsa yang terbesar di dunia yang
memungkinkan kita saling bertukar informasi mahupun data maklumat. ’Dunia
Tanpa Sempadan’ adalah satu istilah yang sinonim dengan
internet. Penggunaan jaringan internet kini semakin meluas ke serata
dunia di era zaman moden ini. Pada masa kini, pelbagai kemudahan telah
muncul kesan daripada pembangunan sains dan teknologi. Kemajuan teknologi
semakin berkembang pesat dan maju dari hari ke hari. Segala kemudahan ini
telah menjadikan kehidupan manusia maju ke hadapan.Setiap sesuatu benda atau
perkara itu pasti ada kebaikan dan keburukannya. Sama juga seperti internet, ia
juga mempunyai kebaikan dan juga keburukan jika menggunakannya terlalu kerap ia
akan mengakibatkan ketagihan.
Antara
kebaikan penggunaan internet kepada pelajar ialah melalui internet, kita akan
menerima maklumat dengan mudah dan pantas. Carian maklumat juga tidak dihadkan.
Maklumat carian juga bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk
bergambar rajah mahupun jadual, carta grafik, audio, animasi dan lain lain
dalam bentuk media elektronik. Melalui cara ini, pelajar
lebih didedahkan kepada World Wide Web (www) untuk mencari maklumat yang
dikehendaki. Dengan ini, pelajar tidak perlu ke perpustakaan kerana mereka
boleh melayari internet di mana sahaja untuk mendapatkan maklumat yang mereka
mahukan dengan kadar segera. Malah, penggunaan internet ini secara tidak
langsung telah menjimatkan kos seperti kos perbelanjaan dan juga kos-kos lain
seperti kos pengangkutan. Sebagai contoh, jika pelajar mahu membuat rujukan
tetapi tidak mencukupi wang untuk membeli buku, mereka boleh melayari internet
sahaja untuk mencari sumber rujukan yang betul dan relevan. Dalam masa yang
sama, ini dapat menjimatkan kos dan masa. Ia juga tidak membebankan pelajar
mahupun mengganggu pembelajaran mereka.
Selain itu, pelajar juga dapat
menambah kenalan daripada penggunaan internet. Hal ini kerana laman social
seperti Facebook dan Twitter kini telah menjadi virus epidemik dalam kalangan
pelajar di seluruh dunia. Oleh itu, pelajar boleh bertukar-tukar maklumat
mahupun pendapat melalui kenalan daripada laman sosial. Tambahan pula, pelajar
boleh menggunakan internet sebaik-baiknya dengan mencari pelbagai latihan untuk
dijadikan latihtubi untuk persediaan peperiksaan. Malah jika pelajar
stress dengan pembelajaran mahupun ujian dan peperiksaan mereka boleh mencari
hiburan yang mampu mengurangkan stress mereka walaupun untuk seketika di internet.
Di sebalik kecanggihan internet yang banyak
memberikan kebaikan selaras dengan perkembangan semasa namun banyak juga
keburukan yang boleh didapati di internet yang boleh meracuni minda pelajar
masa kini. Antara keburukan internet terhadap pelajar ialah mereka bebas
melayari laman web tanpa kawalan kerana internet dikatakan dunia tanpa
sempadan. Bahan-bahan lucah sering menjadi kegilaan remaja kerana dapat
dilayari tanpa kawalan. Keseronokan menonton bahan lucah mendorong individu
menjadi gila seks selain perlakuan ini bakal mengundang perlakuan seks
bebas. Selain itu, internet juga dapat melekakan seseorang pelajar
daripada fokus kepada proses pembelajarannya. Pelajar banyak menghabiskan masa
dengan melayari laman web yang berbentuk hiburan semata-mata hanya untuk
keseronokan yang tidak mendatangkan sebarang input. Masa yang patut
diperuntukkan untuk mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja dengan
melayari laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya.
Seterusnya, penggunaan internet secara
berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkan remaja menjadi malas untuk
bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan
dan berpersatuan dapat menyihatkan badan tidak mendapat sambutan daripada
pelajar. Pelajar kini lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer.
Malah pelajar akan jadi malas kerana badan tidak aktif sewaktu di
dalam kelas. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan merosotkan
prestasi pelajar sewaktu di dalam kelas. Di samping itu, hal ini
juga akan melahirkan pelajar yang kurang inovatif kerana kokurikulum
menggalakkan aktiviti berpersatuan. Persatuan amatlah penting untuk pelajar
supaya lebih bertanggungjawab dalam menguruskan organisasi.
Selain menjadikan remaja malas mengikuti aktiviti kokurikulum, penggunaan
internet tanpa had juga mendedahkan pelajar kepada jenayah siber. Jenayah siber
ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau
data komputer, pencurian maklumat, penggodam dan lain-lain. Oleh hal yang
demikian, pelajar akan melakukan jenayah siber terhadap institusi mereka
sendiri atau mereka diupah dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan
jenayah. Di samping itu, isu ini akan mempengaruhi minda pelajar dengan kenyataan
kenyataan yang salah dari kenyataan yang tidak sepatutnya. Jenayah siber ini
juga boleh merosakkan minda pelajar dari segi politil, terlalu banyak isu
politik yang palsu terdedah di internet mengakibatkan tanggapan remaja kepada
ahli politik menjadi negatif serta merta. Ia akan melahirkan pelajar yang tidak
produktif hasil dari penipuan di internet.
Kesimpulannya, pengaruh ICT dalam tahap
kemodenan dan kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh
yang besar dalam kehidupan khususnya generasi muda atau pelajar. Ianya
telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden kini yang akan terus
meningkat penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke semasa. Oleh itu, pihak
tertentu perlulah mengambil tindakan untuk mengawal secara rapi penggunaan
internet dalam kalangan pelajar supaya pelajar tidak cenderung kepada masalah
social. Malah, dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan budaya
mestilah juga meletakkan isu salah guna dan kesan negatif internet ini sebagai
suatu yang penting bagi pemodenan dan pembangunan Negara bangsa Malaysia.
Follow instagram: https://www.instagram.com/afandi1511
Wechat : afandi1511
Facebook: https://www.facebook.com/afandi1511
Whatapp :http://www.wasap.my/601137223442
Follow instagram: https://www.instagram.com/afandi1511
Wechat : afandi1511
Facebook: https://www.facebook.com/afandi1511
Whatapp :http://www.wasap.my/601137223442